Home | About Us | Announcements | Services | Products | Partners | Working at MCMT | Contact Us |

YOU ARE HERE : Home / News / MCM Consulting Sell IBM products


MCM Consulting Sell IBM products

24 August 2005 : MCM Consulting dilantik jadi penjual semula produk IBM
Berita Harian (Malaysia)

IBM melantik MCM Consulting Sdn Bhd, anak syarikat MCM Technologies Berhad sebagai rakan kongsi perniagaan strategiknya bagi menyediakan penyele- saian teknologi maklumat (IT) inovatif kepada perkhidmatan kewangan dan sek- tor awam.

Dibawah perjanjian itu, MCM Con- sulting dilantik sebagai penjual semula bagi set penyelesian penuh IBM yang akan termasuk IBM eServers iSeries, pSeries, xSeries, IBM Software WebSphere, DB2, Tivoli, Lotus, rational, IBM TotalStorage solutions, Personal Computing – IBM Thinkpads dan IBM ThinkCenters, IT Services dan Business Consulting Services.

“Kami gembira dapat melantik MCM Consulting ke dalam senarai rakan kongsi perniagaan tempatan IBM dan berharap perkongsian strategik antara MCM Consulting dan IBM akan meningkatkan keupayaan kami mencapai segmen pasaran ini,” kata Pengarah Urusan IBM Malaysia, Voon Seng Chuan dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata kerjasama ini akan mengukuhkan portfolio perisian dan per- khidmatan sedia ada MCM Consulting yang disasarkan kepada perkhidmatan kewangan dan sector awam.

Ia akan menawarkan penyelesaian menyeluruh bagi menampung keperluan penting pelanggan yang mempunyai jangkaan yang tinggi.

Sektor perkhidmatan awam dan kewangan adalah sector utama dalam ekonomi Malaysia dan berada di barisan hadapan dalam memanafaatkan IT untuk meningkatkan proses perniagaan dan kecekapan.

IBM ialah syarikat teknologi maklumat terbesar di dunia dengan pengalaman lebih 90 tahun dalam mem- bantu inovasi perniagaan. - Bernama


Printer Friendly Version






Home Copyright (C) 2004 - 2007 MCM Technologies Bhd. All Rights Reserved.